Saturday, July 11, 2009

JAMBATAN ILMU

passion. dalam bahasa malaysianya adalah keghairahan. yup, aku sekarang sedang ghairah. ya amat sangat. ghairah membaca! aku beli buku di setiap kesempatan yang ada ketika ini. masa kecik, aku antara anak kampung yang minat membaca. ini fakta ye sayang, bukan keangkuhan. suratkhabar merupakan privilege dan abah aku cuba beri itu pada kami adik beradik walaupun selalunya dia tidak mampu. dan makcik aku, masa tu umur dia 16 or 17, membeli majalah Ujang setiap bulan. dan ada beberapa majalah lain. antaranya majalah al-arqam yang sangat sangat amat ya amat aku baca sebab ada satu ruangan dalam majalah itu yang buat aku rasa teruja nak baca. malangnya aku sudah lupa ruangan apa. haih... buku? hanya buku-buku pelajaran. seingat aku, itulah yang ada.

dan kerana sifat privilege itu, aku treasured each article seperti harta. baca dan baca dan baca dan baca. bila aku membaca tulisan orang lain dan menonton ttg anak-anak yang sangat teruja berjumpa dengan buku, aku teringat, "macam itulah gamaknya ekspresi aku masa kecik-kecik dulu :)" dan sehingga hari ini, walau seringkali aku cakap, "i dun like reading" or "buku bukan untuk saya" (sebenarnya itu satu cara untuk aku mengubat luka kerana faktor kesibukan menghalang hobi tersebut), aku tetap takkan lupa. abah selalu cakap masa aku kanak-kanak, "baca buku! baca buku!" dan sampai saat ini, aku akur.

jom mengulat!

Friday, July 10, 2009

ABYSS

bunyik macam 'abis' je ha!

dear diari,

gilalah! kucar-kacir abis hidup. kasih dah hilang. sayang dah aku ketepikan. cinta? pun tak berapa nak sure dah. 3 elemen penting. aku tak tau dah. nangis dah jadi hobi. yes, i am a very tough girl at surface, tapi hati aku sensitif ya amat. sangat sangat amat ya amat.

dan emosi? ah, one minute firm, the next one, i'm lost. one minute happy and then i'm sad. what the heck? emosi aku berterabur. tapi mereka tidak faham. mereka ingat aku punya sifat jahanam. bila aku cakap aku sedih, aku memang sedih. semuanya bersimpang siur. pikiran aku runsing. perasaan aku bercampur aduk.

dan akhirnya, aku pujuk diri aku sendiri. pujuk, pujuk, pujuk dan terus pujuk. i will have to shut my feelings down, eventually... and really come undone.

betullah. bila aku baca the mystic masseur oleh v.s. naipaul, aku paham. these dissapointments, which might have permanently broken another man, turned ganesh seriously, dedicatedly, to books. and that's what i'm gonna do.

be gone!

Thursday, July 9, 2009

MELAYU JENIS APA?

melayu ada tiga jenis!
satu, yang suka mengata orang macam dialah yang paling bagus.
dua, yang suka perasan diri dialah yang paling bagus.
tiga, yang suka rasa bersalah selepas mengata orang dan selepas malu akibat perasan diri dialah yang paling bagus.

aku ambik yang nombor tiga!
pasal apa? pasal aku teringin nak jadi melayu...

selama ini, aku anggap diri aku ni manusia muslim. tak ada kaum2 semua ni. tapi...

kamu macam mana? haih...

Wednesday, July 8, 2009

GOOD VIBES

selasa sangat refreshing sebab aku gaduh dengan dua teman dalam telefon. sorang mengadu tentang hal payment untuk job yang dah siap. sorang lagi ngadu tentang job yang terlalu banyak. (bak sini satu ke dua ke, kan?!) sampai abis satu opis dengar suara garau aku. dengan teman yang pertama, aku kecik hati sampai aku letak telefon. dia kal aku dari mula sampai ke petang. aku tak angkat. sebab merajuk lah konon. tapi rupa yang ganas ini tidaklah membayangkan kekerasan hati, so aku kal dia balik. rupanya banyak jugak masalah dia. i am so sorry, yes dear? nah satu ciuman. muah!

and kawan yang dua pulak, tak jadi nak gaduh. baguih kan? tapi sangat2 refreshing. dan malam ini aku realised yang aku dah kehilangan banyak tenaga kerana BERPIKIR tak henti2. yeah, crappy things yang otak aku cuba tafsirkan as masalah tapi sebenarnya bukan masalah pun. jadi mulai saat ini, aku nak pass positive energy pada diri aku, pada orang2 yang aku sayang dan pada semua orang di keliling aku. terutamanya pada adik yang hari2 duk pasang lagu jacko sampai aku buat kerja pun nak tersengih. bayangkanlah, bila ada another adik cakap, "wei, malam ni ada live kat tv utk MJ", dia boleh menjerit keriangan seperti orang kaya kena nombor ekor. betapa gembiranya dia. siap dah planned nak mc hari rabu nih! hahaha! sampai ke saat ini aku nak sengih-sengih. good vibes, good vibes! 

moh kita!

Tuesday, July 7, 2009

KAIN BURUK

hari ahad, aku bersemangat nak makan pagi di amcorp. and wollah, the coffee was gud but the roti mcm... malas nak mencarut, ok! and aku baca buku sambil tu. uncle kat sebelah aku tengok aku atas bawah atas bawah. aku senyum kat dia and terus cakap, "this guy is an indian genius!" sambil bulat2kan mata dengan tujuan nak kasi comey! hahaha. that uncle senyum balik and asked, "serious?" dan aku tunjuk buku tu, "see uncle, an award winner nih" and suddenly, wife dia datang. aku senyum and sambung makan.

pusing satu amcorp, aku beli few books. terus gembira bertambah. puas, aku bergerak ke the curve. dan teringin nak ke ikea. and ended up aku beli 2 rak, satu lampu and ornaments bla bla bla. tiba-tiba aku teringat! "alamak! parking kat the curve" sebab bingung sangat, aku hangkutle semua brg2 tu ke the curve. well, mata yang memandang dengan bibir yang tersengih melihat kebodohan aku adalah aamatttt ramai. but some guys did offer tolong angkat which aku tolak nicely sebab muka aku merah padam and aku lupa lot aku parked kereta. haih. lama menung mencari kereta. habeh tangan lebam. menggeletar gila sebab berat. aku naik ke atas semula and duduk menenangkan diri di teh tarik place. lama kat sana, aku balik.

sampai rumah, aku bersemangat nak kemas rumah yang tak kotor. cewah! tapi kena angkut semua brg2 dari bawah naik ke tkt 4 yg takde lift tu! haih, pasal awk lah azmir (tuan rumah) saya tak pindah lagi. takpa... aku pasang semua rak, putar skru sana sini. pastu kemas tempat masak yang dah lamaaaaaaaaaaaaaa aku tak guna sejak kerja as PRO ni. gila penat. aku makan ke idak tengahari tu yer? aku pun tak ingat. dari pukul 3 ptg sampai ke 10.30 malam aku mencuci. rasa macam cinderella je ha! cuma takde prince charming datang pakaikan glass slippers je. ehee.

dan malam tu, lepas mandi je, bermulalah sengsara. gila kesakitan yang tak pernah aku rasa. tangan tak boleh angkat langsung. masa pukul 12 lebih langsung takleh gerak. gerak je sakit. kaki dah kejang. sapu dengan losyen kejang tu, aku lupa yang aku allergy dengan benda tu. habih tergaru2 pulak. nangih le kerojenya, apa lagi. takleh tdo. mata lak sakit. aku lupa mana yang lagi teruk, sakit kejang ke atau nangih tu ha! hehehe. sapu pulak dengan minyak angat. tak jugak lega... sakit! sakit! sakit! pagi isnin tu, aku ingat nak ke klinik, cucuk ke apa ke. teringat ada kerja tak siap lagi. dengan lenguh2 yang tak ilang tu, aku ke shah alam buat kerja dari pagi sampai 9.30 malam. bertambah sakit.

and now, aku kerja jugak... tapi jalan dalam keadaan tempang and menaip kena ada support. but, my mind ain't dead yet :p

Monday, July 6, 2009

SAKIT

tak sihat! semuanya sakit :(

Sunday, July 5, 2009

GELAK SERIUS


jangan mengarut!
nanti kena sepit dengan chopstick!
korang gelak?
saya serius nih!

today i've learned the same thing all over again.
"kalau niat tulus, walau penat macam mana sekalipun, tetap akan menjamin kita kegembiraan!"
korang gelak?
saya serius nih!